Etika Penggunaan Internet
1:02 AM |
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:
1) Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
2) Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
3) Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
4) Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
5) E-mel:
5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ( unsolicited advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan ( deceptive marketing).
5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing), iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.
5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan penerima.
5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerohohan:
- Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
- Menghalang identity pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain.
- Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host ( to crash the host ).
5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
5.8 Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian ( network monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.
(Sumber Elektronik:
http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=2&ved=0CBoQFjAB&url=http%3A%2F%2Fsksgrokam.edu.my%2Fportal%2Fmodules.php%3Fname%3DDownloads%26d_op%3Dgetit%26lid%3D2&rct=j&q=etika%20internet&ei=nIrGTLDGOI2gvgPa5-3oDw&usg=AFQjCNFxoU2klA2Yy5jqeeeJ_67PIDpIQA&cad=rja)
Peranan Perisian
12:32 AM |
Perisian yang interaktif dapat membantu memudahcara proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar disemua peringkat pengajian.
Pelbagai jenis dan bentuk perisian telah direka dan dibangunkan, namun perisian yang dibangunkan seolah-seolah tidak berfungsi sebagai bahan bantu mengajar di sekolah-sekolah kerana terdapat segelintir guru yang masih menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas walaupun perisian interaktif tersebut telah dibekalkan secara percuma.
Justeru itu, diharapkan rakan-rakan menghuraikan apakah 3 faktor yang dianggap sebagai penghalang kepada guru yang masih enggan menggunakan perisian sebagai BBM mereka dan 3 cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)