Peranan Perisian

Perisian yang interaktif dapat membantu memudahcara proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar disemua peringkat pengajian.

Pelbagai jenis dan bentuk perisian telah direka dan dibangunkan, namun perisian yang dibangunkan seolah-seolah tidak berfungsi sebagai bahan bantu mengajar di sekolah-sekolah kerana terdapat segelintir guru yang masih menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas walaupun perisian interaktif tersebut telah dibekalkan secara percuma.

Justeru itu, diharapkan rakan-rakan menghuraikan apakah 3 faktor yang dianggap sebagai penghalang kepada guru yang masih enggan menggunakan perisian sebagai BBM mereka dan 3 cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Rosyiatimah Binti Ismail said...

3 FAKTOR GURU ENGGAN GUNA PERISIAN SEBAGAI BBM:

1. Kebanyakan guru di sekolah bersedia membudayakan TMK & menggunakan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan guru sudah celik IT namun, yang menjadi masalahnya ialah kemudahan untuk mengaplikasikanya masih lagi ditahap yang lemah & kemudahan peralatan ict di sekolah masih lagi tidak mencukupi.

2. Sesetengah guru mungkin tidak mengintegrasikan ICT dalam P&P kerana masih takut untuk menggunakan komputer/perisian sebagai BBM. Penggunaan komputer yang kurang dalam pengajaran & pembelajaran kerana guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya. Walaupun telah banyak perubahan kepada kaedah pengajaran, iaitu daripada kaedah konvensional di dalam kelas kepada pengajaran di alam siber, masih terdapat guru-guru yang tidak memiliki pengetahuan berkenaan literasi komputer.
Boleh dikatakan hanya guru-guru PPSMI sahaja yang didedahkan dengan penggunaan komputer tetapi tidak kepada guru-guru subjek lain. Inilah yang menyebabkan mengapa sesetengah guru tidak bersedia untuk mengajar dengan menggunakan komputer.

3. Di sekolah-sekolah tertentu masih ramai lagi guru-guru khususnya yang hampir tamat perkhidmatannya & veteran kebiasaannya kurang inisiatif dan idea untuk mendekati idea baru dalam P&P. Mereka juga masih kurang mahir dalam ICT. Mereka seolah-olah tidak mahu lagi mencuba perkara baru. Pada mereka biarlah orang baru yang menggunakannya. Mereka ini sebenarnya terdiri daripada kalangan guru-guru yang berpengalaman.

3 CADANGAN MENGATASINYA:

1. Memastikan semua sekolah dilengkapi dengan kemudahan ICT dan meningkatkan akses serta penerimaan ICT oleh kumpulan yang kurang menerima akses perkhidmatan.

2. Menyediakan kursus-kursus dan latihan ICT kepada semua guru, tidak terhad kepada guru-guru yang mengajar subjek tertentu sahaja.

3. Memberi lebih banyak pendedahan dan galakan kepada guru-guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terutama guru-guru yang masih mengamalkan kaedah pengajaran konvensional.

Terima kasih :) - ROSYIATIMAH ISMAIL (P54095)

Post a Comment